Pages

Monday, 28 March 2016

Penindasan kepada pelaut tempatan



Naloah Sain

Kuala Lumpur: Isu pelaut tempatan dipinggirkan kini tidak banyak mendapat tempat di akhbar-akhbar dan media elektronik dan ia juga sering dikaitkan dengan penurunan ekonomi minyak dan gas tetapi dalam ekonomi perkapalan bukan setakat ini sahaja perlu dilihat untuk pengangkutan yang menggunakan kapal malahan perlu dilihat dalam aspek menyeluruh termasuk kapal jenis kargo kontena, penumpang, roro, persiar, tunda, Chemical, Bulk Carrier dan lain-lain.

Masalah peminggiran pelaut tempatan sering dikaitkan dengan lambakan pelaut asing yang bekerja di kapal yang menjalankan kerja-kerja di perairan tempatan dan didaftarkan di Malaysia. Hal ini juga selalunya dikaitkan dengan penjimatan tahap maksimum dengan pembayaran yang gaji murah dan menjimatkan daripada membayar kwsp oleh pemilik dan lebih serius mungkin terdapat unsur rasuah kepada individu menjaga bahagian "Crewing" oleh pelaut asing. Sejak tahun kebelakangan ini juga pelbagai sijil telah ditetapkan tamat tempoh dan harga sijil tahun demi tahun kian meningkat yang ditetapkan oleh jabatan laut dan pusat latihan di seluruh negeri.

 Apakah mereka yang bersemangat, bercita-cita ingin menjadi seorang kelasi dan mereka baru mula menceburi bidang ini tidak mungkin mendapat tempat? Hinggakan pengalaman menjadi tanda ukur kepada mereka yang tertindas dalam sistem ini? Sistem apakah yang cuba dilakukan oleh badan-badan berkepentingan sehingga lambakan sijil dikeluarkan oleh pusat latihan tetapi dalam masa yang sama gagal menyediakan tempat untuk generasi muda yang ingin menceburi kerjaya yang mampu menjadi peneraju dan menjana ekonomi perkapalan di Malaysia pada masa akan datang. Apakah dengan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain menjadi corak pembelajaran pada masa kini? Pelaut berpengalaman juga turut tertindas kerana gagal memenuhi syarat syarikat hanya mahukan pengalaman bekerja di kapal jenis "Tanker" tanpa diberi peluang kepada individu yang mampu pergi lebih jauh.

Diharapkan pihak jabatan laut juga mana-mana pihak berwajib bersedia memikirkan akan masalah ini lebih serius merangka dan bertindak untuk mengubah nasib pelaut tempatan seterusnya membantu akan kerjaya pelaut untuk mendapat tempat dan mungkin berpeluang melangkah jauh di serata dunia pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment