Pages

Tuesday, 22 March 2016

KJ beri amaran peserta Himpunan Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Semua anggota Pemuda UMNO diberi amaran agar tidak menyertai 'Himpunan Selamatkan Malaysia' pada 27 Mac ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin menegaskan, mana-mana anggota yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan displin.
"Bagi anggota kami (Pemuda) mereka tidak bebas untuk lakukan apa mereka mahu.
"Mana-mana anggota yang sertai himpunan tersebut pada 27hb ini akan dikenakan tindakan displin," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda di sini hari ini.
Pada masa sama, Khairy mengulangi pendirian Pemuda yang secara tegas menolak Deklarasi Rakyat yang disifatkan bertentangan dengan sistem politik negara.
"Sistem politik negara kita demokrasi berpalimen yang mana kerajaan ditentukan melalui pilihan raya lima tahun sekali.
Bukan melalui deklarasi, bukannya melalui pungutan suara, bukan melalui pungutan tanda tangan, bukannya melalui sidang akhbar. Bagi saya yang paling penting mandat yang diberi dalam pilihan raya dan mandat itu masih lagi memihak kepada BN  kepada Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment