Oleh : Curi Tulang
Saya tak tahu kenapa, tapi sepanjang saya belajar di universiti tempatan, pensyarah kita suka betul mengulang
baca apa yang mereka tampal di nota-nota. Saya selalu cakap kat diri sendiri, kalau sekadar benda macam itu,
saya boleh buat sendiri di bilik.
Habis kelas, saya terus ajak Lola ke kampung sebelah untuk minum petang.
Macam biasa, Lola akan mengadap telefon bimbit. Dan saya tak mahu membebel bagaimana canggungnya saya
untuk bercerita tentang teknologi, yang dalam masa sama merapatkan-merenggangkan hubungan sesama
manusia. Saya lebih tertarik dengan bagaimana kita mahu memberi real impact di laman maya sambil
membuang masa di laman sosial.
Lola mengadu kepada saya bagaimana perbincangan buku-buku di laman sosial seringkali berputar sekitar
buku-buku yang termasuk dalam kategori buku-buku popular. Harry Potter, Lord Of The Rings, atau karya-karya
penulis seperti Haruki Murakami atau Lang Leav. Malah, soalan-soalan yang dikemukakan pun lebih kurang
sama, seolah-olah setiap kurator di laman sosial yang membedah buku-buku ini orang yang sama. Soalan-
soalan seperti; “Siapa watak kegemaran?” atau “Kalau anda seorang penulis, cerita bagaimana yang anda mahu
tulis?” ialah skrip yang diulang-ulang hampir setiap kurator.
Isu yang sama pernah dilontarkan dua-tiga orang lagi kenalan saya yang lain sebelum ini. Buku yang sama,
penulis serupa, genre sepesen, borak isu lama. Baru-baru ini, timbul lagi isu indie vs DBP, entah buat tahun ke
Dan berbalik soal buku-buku yang dibincangkan tak habis-habis buku yang sama, saya memang tertanya-tanya,
memang golongan pembaca kita sekadar baca buku-buku popular je ke? Saya tak kata Harry Potter tak bagus,
Saya cuma kata kita ada banyak buku lain lagi yang boleh kita bincangkan. Penulis-penulis jargon seperti
Roberto Bolano sudah patut mendapat tempat.
Kalau dari sudut buku-buku tempatan, saya rasa watak Babyrina dah patut ganti Salina. Bukan saya nak kata
Salina tak bagus. Tapi entah sampai bila golongan pembaca kita hendak berteduh di bawah buah dada Salina?
Sudah-sudahlah.
Saya tak kata kita patut buang semua benda-benda lama. Tak. Kita guna-pakai, tiru mana yang baik, buat lebih
bagus, tapi dalam masa yang sama, jangan lupa benda depan mata.
Kita tengah cakap pasal orang yang membaca ni, kononnya membaca jambatan ilmu, nak membudayakan
membaca, dan slogan-slogan lain. Maksud saya, saya sedang bercerita tentang golongan yang mampu membeli
dan membaca buku, kononnya makan buku, minum buku, tidur buku, tapi pada prinsipnya tak ada beza dengan
mereka yang tidak membaca.
Lola tanya pada saya, orang yang baca buku memang membosankan ke?
Saya angkat bahu. Mana saya tahu. Saya sendiri tak ada masalah dengan kebosanan. Apa masalahnya jadi
bosan? Orang yang perasan dirinya moden saja patut ada problem dengan benda bosan. Fyodor Dostoyevsky
yang tulis Crime and Punishment pun tak ada masalah dengan bosan. Tapi mengulang-ulang benda sama
macam itu bukan bosan.
Mengulang-ulang benda sama, tanpa ada rasa mahu berontak, keluar, dan meneroka wilayah baru ialah
kebodohan.
Sebab itu, sambil minum petang, saya insaf yang keadaan masyarakat kita tidak akan berubah. Lihat saja
budaya politik orang kita. Masih mengekalkan dan mengangkat wira-wira lama, dinosour zaman purba. Entah
besar mana jasa mereka, sampai kita tak boleh move on dengan mereka.
Dan serius, saya rasa kita lupa nak nampak benda-benda depan mata.
Kita ada aktivis alam sekitar yang betul-betul buat kerja, guru-guru yang benar-benar nak mengajar, penggiat
seni yang bukan sekadar tahu selfie, ramai lagi, tapi yang kita angkat tetap sosok-sosok politik yang entah
berapa kali sudah mengkhianati kita.
Saya tak tahu berapa lama kita mahu kekal dalam pusingan yang sama, mengangkat hero-hero yang salah.
Bukan sebab ulang benda sama ni bosan, tak, tapi secara peribadi, saya rasa kalau saya dah hilang rasa teruja
untuk teroka pengalaman baru, saya hanya kenal Konserto Terakhir dan bukannya Kuala Lumpur Kita Punya.
Sekiranya begitu, alangkah ruginya saya!
Baru-baru ini saya ada membaca Wira Ladang, sebuah hasil terjemahan novel popular J. D. Salinger, karya
lama. Cari sendiri novel yang mana, kita dah tak boleh teruskan dengan budaya makan-suap. Tak perlulah saya
menggebang soal latar tempat, gaya bahasa, sebab saya pun sekadar baca yang terjemahan. Dan saya bukan
pakar hal-hal tersebut. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan baca. Lagi pun, yang lebih penting ialah mesej.
Mesej kekal, manakala orang boleh korup.
Novel ini berkisar tentang kehidupan Holden Caulfield yang mempunyai konflik-konflik peribadi di zaman
persekolahannya. Membaca Wira Ladang seolah-olah membedah kepala otak budak lelaki 17 tahun yang baru
berhenti sekolah, rebel dan mengarut, brutal dan penuh humor. Holden Caulfield merayau-rayau tanpa hala di
kota, tipu umur untuk minum arak, permainkan bimbo-bimbo, curi masuk rumah sendiri, dan bergaduh dengan
rakan sebilik.
Dan mungkin kemarahannya pada hipokrasi orang-orang tua yang memerangkap saya, buat saya baca novel itu
sampai habis. Tapi apa yang bikin novel ini hebat? Bagi saya, semangat Holden Caulfield untuk mengekalkan
childhood innocence-nya. Semangat rebel, untuk keluar dari trend belajar-kahwin-mati, untuk terus diberi
peluang kebebasan meneroka, dan menjadi diri sendiri.
Apa yang saya nak cakap sebenarnya mudah, kalau membaca buat kita jadi selesa dan hilang rasa teruja untuk
meneroka dan mencuba perkara baru, ada baiknya kita mula menjauhi golongan-golongan yang menggelarkan
diri mereka sebagai ulat buku ini.
*Segala pandangan dan cadangan adalah pendapat penulis sendiri secara peribadi
No comments:
Post a Comment