Aku sepatutnya menghiasi kolum Cukong Media
pada setiap hari Jumaat. Sudah beberapa kali aku terlebih rajin dengan masukkan
artikel aku sesuka hati aku melebihi daripada yang sepatutnya. Ini semua
disebabkan beberapa isu yang aku tidak boleh pendam dan perlu untuk aku luahkan
sebelum aku menjadi gila. Menulis merupakan terapi untuk diri aku. Terapi yang
menggembirakan aku.
Isu pemanasan global tidak menggembirakan aku.
Aku tertekan. Panas dan tidak selesa. Bahkan, aku pasti kau juga begitu.
Bayangkan, cuaca bukan sahaja sudah melebihi paras 2oC, tetapi
kini menuju ke 3oC. Apa yang mengecewakan aku, masyarakat kita
tidak membicarakannya dengan serius. Dunia yang bakal kita wariskan kepada
keturunan kita, diabaikan begitu sahaja.
Perihal politikal borjuah membuatkan kita
begitu bersemangat untuk membincangkan atas keprihatinan kita pada dunia yang
ingin kita wariskan, sedangkan cuaca yang membuatkan semua nyawa di atas dunia
ini bergantung, bakal terancam jauh lebih berkuasa daripada letusan bom nuklear
berjuta kali ganda, kekuatannya melampaui 1000 kali ganda daripada tsunami yang
melanda dunia pada Disember 2004 dan tidaklah melampau sekiranyanya aku mengandaikan
kekuatannya melebihi daripada 1 billion gemba bumi yang melanda tanah Jepun Mac
2011.
Bayangkan, anak cucu kau hidup di dalam
keadaan panas seperti di dalam microwave yang berkuasa berjuta kali ganda
daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Pergi ke sekolah di dalam tekanan yang
1000 tsunami. Permainan mereka di petang-petang pula diancam gemba bumi 9 skala
Richter setiap minit.
Kalau isu politikal borjuah dibincangkan
setiap masa, belum saja kita semua selaku golongan working class berjaya dan
mengharapkan pula, 5 tahun untuk berubahnya lagi, tidak juga berjaya mengubah
persepsi aristokrat, bayangkan pula sekiranya kita semua diam membisu?
Menurut laporan The Proceedings of National
Academy of Science oleh Christoph Steckel, Ottmar Edenhoffer dan Michael Jacob,
kita semua berada di dalam “Rennaisance of Coal”.
Sekalipun China dan India menjuarai carta
pembina terbanyak loji arang batu, ini bukanlah masalah yang disebabkan oleh
kedua-dua states ini. Bahkan ia hanyalah pucuk di bongkah ais sahaja di dalam
isu ini. Bahkan, rantau Asia Tenggara terutamanya Indonesia, juga rancak
membina loji arang batu yang baru. Sehingga ke jumlah yang cecah ribu-ribu buah
stesyen.
Yang sebuah di Sitiawan pun sudah memberi
kesan yang melampau di kawasan sekitar seperti Teluk Intan, Manjung, Badan
Dato, Hutan Melintang dan Beruas, apatah lagi sekiranya 55 000 dilaporkan ingin
dibina dan baru saja beroperasi sebanyak 6000 lebih buah stesyen di seluruh
rantau Asia Tenggara.
China, India, Indonesia, Vietnam dan South
Korea begitu rancak menyertai perlumbaan untuk membakar keturunan kita semua,
dan laporan mengenai pembinaan lebih banyak lagi loji arang batu diumumkan oleh
pemerintah fasis Malaysia, Najib Razak. Malakoff Corporation Berhad, (singkatan
daripada Malaysian Fuck Off), tidak berminat untuk memikirkan kesejahteraan
kita semua melainkan untung dipoket mereka dengan begitu bangga berikrar untuk
membina lebih banyak logi janakuasa arang batu kerana untung yang lebih banyak.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=Lg0a3sE_VC8
oleh The Edge TV
Laporan PNAS juga menyatakan mustahil untuk
kita semua menangani masalah pemanasan global sekiranya masalah loji janakuasa
arang batu ini tidak kita tangani.
Adalah pelik sekiranya ada di antara kalangan
kita mengatakan permasalahan China dan India sukar untuk ditangani. Kebanyakkan
penggunaan arang batu di China saja adalah berdasarkan import daripada
Indonesia, Australia, Russia dan South Africa.
Adakah di mana point aku? “Potong saja
sumbernya, potonglah masalah”...
Masalah di India berlainan pula yang
kebanyakkan lombong arang batu dilaksanakan dengan menindas buruh-buruh wanita.
Kedua-dua permasalahan ini berkait rapat
dengan kapitalisma. Potong kapitalisma, potonglah semua masalah.
Bacaan lanjut boleh diperolehi di sini.
Alternatif
Malaysia, Indonesia malah di India, dilimpahi oleh cahaya matahari melampau banyak dan percuma. Loji janakuasa solar di Spain menjadi contoh untuk kita teladani. Loji janakuasa semakin bertambah sehinggakan rumour mengatakan janakuasa di Spain akan bebas daripada petrol menjelang 2021. Bil elektrik untuk rakyat Spain akan bertambah murah. Adakah Spain meneroka bidang loji janakuasa solar hasil daripada pilihanraya? Tidak sama sekali. Mereka menerokanya hasil dari pertentangan daripada aktivis-aktivis anarkis, kiri dan alam sekitar. Tanpa pertentangan, mustahil kapitalisma akan menyerahkan tengkuk mereka. Mereka yang percaya pada pilihanraya dan reaksioner, nampaknya akan terus dimanupulasi dan akan terus menyesatkan rakyat.
Banyak lagi sumber hijau atau mesra alam yang boleh kita teroka.
Tinggalnya lagi, kita sedar atau tidak sahaja...
No comments:
Post a Comment