oleh : Osman Razak
stratifikasi sosial merupakan kaedah pembahagian kelas terhadap masyarakat yang
menyebabkan berlakunya halangan dalam "persamaan" pengagihan nilai-nilai dalam
masyarakat.
Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada dua jenis .
1) tertutup- sesebuah masyarakat tidak boleh berpindah kepada satu lapisan masyarakat yang
lebih tinggi dan sebaliknya.Sebagai contoh,sistem kasta di India.
2)terbuka- Sesebuah masyarakat boleh berpindah kepada tingkat yang lebih tinggi melalui usaha
dan sebaliknya.Sebagai contoh,jawatan,pangkat,taraf dan sebagainya boleh diperolehi jika kita
mempunyai "cable" ataupun dengan berusaha.
Menurut thomas bottommore ,dua aliran utama dalam teori stratifikasi kelas pula membawa
kepada
1) kelas pemilik alat-alat pengeluaran(pemodal)
2)kelas yang tidak memiliki alat-alat pengeluaran(no bargaining power).
Dalam sistem kapitalis,pemilik modal(golongan atasan) terus menakluki golongan bawahan
kerana mereka mengawal pengagihan,pengeluaran serta pertukaran dalam bahasa inggerisnya,
mereka memiliki bargaining power untuk kuasai sistem ekonomi orang bawahan.
Proletar(golongan bawahan) sering kali membiarkan diri mereka dikuasai oleh kerana mereka
fikir mereka tiada kuasa dan bergantung kepada golongan atasan sedangkan mereka
sebenarnya mempunyai tenaga buruh dan pemilik modal bergantung kepada tenaga buruh
mereka untuk mendapat surplus value(keuntungan).
Secara tidak langsung sistem pengkelasan ini membawa kepada “Pembodohan” dan
“Ketidakadilan” kerana golongan atasan akan mengurangkan pesaing antara mereka demi untuk
mengekalkan status hidup mereka. Mereka akan terus menggunakan pelbagai cara untuk
memastikan orang yang berada dibawah akan terus berada dibawah dan mereka masih selesa
di hieraki mereka.
Menurut Karl Marx sejarah kewujudan sistem masyarakat hari ini adalah akibat dari
pertentangan kelas. Pertentangan kelas pula wujud hasil dari kesedaran kelas antara
masyarakat.Kesedaran kelas wujud akibat dari kesedaran di mana anggota masyarakat sesuatu
kelas masyarakat menyedari persamaan mereka dari segi identity kepentingan,kedudukan dan
peranan sosial mereka.Perkara ini pula membawa kepada perasaan permusuhan dan
pertentangan terhadap kelas yang lain.Namun jika kita melihat dalam skop Malaysia, kesan
penjajahan inggeris(terutamanya) telah membawa kesan yang mendalam kepada jiwa
masyarakat kita. Kita masih lagi berjiwa hamba sejak zaman permulaan sistem kesultanan
melayu sehingga kini .Jauh sekali kita hendak melawan sistem kelas.Jatuhkan najib razak pun
kita masih lagi serahkan pada golongan elit politik inikan pula mahu melawan sistem kelas.
Masyarakat kita sendiri, dengan bangganya menjadi hamba kepada kelas atasan sedangkan
sudah jelas diterangkan di dalam al quran mengenai status manusia
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al hujurat ayat 13)
Mengapa kita masih beranggapan mereka lebih suci daripada kita sedangkan kita sebenarnya
mempunyai kuasa untuk menjatuhkan mereka?
No comments:
Post a Comment