Selepas mendalami agama Islam selama tiga tahun,
seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Eletronik Komunikasi, Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melafazkan dua kalimah syahadah di
hadapan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Ia
turut disaksikan oleh kira-kira 20,000 orang hadirin yang berada dalam
forum bertajuk 'Islam- Problem and Solution to Humanity' yang
disampaikan Dr Zakir di universiti berkenaan. Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah syahadah
itu selepas menerima penerangan berhubung persoalannya mengenai Islam
daripada Dr Zakir.Malah, ketika ditemui pemberita, Senkiranyang sebelum
ini menganut agama Hindu memberitahu bahawa tindakannya untuk menukar
agama itu dilakukan dengan rela hati tanpa dipaksa mana-mana pihak."Saya
sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu, namun selepas
menunggu selama 24 tahun, saya akhirnya menerima hidayah untuk memeluk
Islam," katanya.Selepas mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran kemudian
menitiskan air mata. Beliau juga selepas itu menerima senaskah al-Quran
daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.Jumaat lalu, di Terengganu, seorang remaja yang dikenali sebagai Woo Nina Grace, 19 memeluk agama Islam di hadapan Dr Zakir.Selepas itu, seramai empat lagi individu yang memeluk Islam semasa syarahan Dr Zakir di Stadium Hoki Bukit Jalil Sabtu lalu.-Malaysiakini

No comments:
Post a Comment