Tuesday, 22 March 2016
Golongan elit politik dan Deklarasi Rakyat.
Osman Razak
Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan suatu tindakan yang diambil oleh
Mahathir,Muhyiddin dan beberapa bekas pimpinan Barisan Nasional mengadakan Deklarasi Rakyat
ataupun Deklarasi anti-najib bersama-sama dengan kepimpinan pembangkang.Perkara ini
mengejutkan rakyat Malaysia terutamanya yang penyokong Pakatan Harapan. Selain dari itu, kita
juga dikejutkan dengan Parti Pas yang bergabung untuk membuat blok yang baru bersama
ikatan.Persoalannya,adakah memang benar-benar kita terpaksa akur dengan setiap tindakan mereka
kerana itu satu-satunya tindakan yang ada?
Ya, jikalau kita melihat dari skop masyarakat Malaysia dan bukannya individu. Jika kita melihat dari
skop rakyat Malaysia secara keseluruhannya, masih lagi bergantung kepada golongan elit politik
untuk menyelesaikan masalah mereka dan perkara ini telah lama diamalkan sejak zaman feudalisme
dahulu. Rakyat Malaysia,tidak boleh memikirkan cara yang lain ataupun alternatif kepada
permasalahan ini kerana mereka sudah didoktrin untuk mengikuti satu sistem dan golongan elit.
Apakah itu golongan elit? Secara am nya elit itu merupakan satu kelompok minoriti yang mempunyai
satu pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat(pelbagai bidang) dan menurut Gaetano
Mosca(seorang saintis politik) elit merupakan sekelompok kecil, tetapi berperanan besar
menjalankan fungsi politik,memonopoli kuasa dan membolot ganjaran(nilai-nilai) yang dihasilkan
dari kuasa mereka.Sementara, suatu pihak yang lain pula iaitu golongan yang terbanyak akan diarah
dan dikawal oleh golongan elit.
Permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah walaupun asas elit itu berbeza dan berubah
dari satu masyarakat kepada masyarakat yang lain, namun soal “circulation of elit” itu boleh
dikatakan hampir sama dalam kebanyakan masyarakat.Hal ini demikian kerana, amat jarang
golongan-golongan elit dalam kebanyakan jenis masyarakat untuk serahkan kuasa dan kedudukan
sosial mereka terutamanya kepada golongan kelas menengah dan golongan kelas bawahan.Mereka
akan menggunakan terma “rakyat” namun putaran kelas itu tidak akan wujud antara elit dan rakyat
bawahan.
Menurut Gaetano Mosca , golongan elit akan mempertahankan kedudukan mereka melalui
I. Kuasa Sosial( Social Force)
=Kekuatan ketenteraan,tanah,wang dan pendidikan
II. Formula Pendidikan
=Mitos atau prinsip moral yang bersifat universal dalam mana perlaksanaan itu telah
ditentukan
III. Jenis Sosial
=Faktor yang mengikat sesuatu masyarakat(agama,bangsa)
IV. Mempertahankan Undang-undang(Juridicial defence)
=Kerajaan dan peruntukan undang-undangnya akan menentukan pandangan moral
seseorang
V. Kelas Politik
=Sekelompok kecil sahaja yang akan menjalankan fungsi politik
Najib terus menerus akan mempertahankan kedudukan politik mereka dan tidak akan menyerahkan
mandat pimpinan kepada rakyat. kumpulan Deklarasi Rakyat juga akan terus menerus merebut dan
mempertahankan kedudukan dan nilai sosial dan tidak akan menyerahkan gerakan rebutan kuasa
kepada rakyat. Mereka yang pada asalnya menjadi wakil kepada golongan bawahan telah melupakan
dan menutup kuasa rakyat kerana mereka telah naik kepada satu kelas yang baru dan mereka akan
mengekalkan kelas mereka.
Golongan-golongan elit politik ini akan terus mengekalkan dan berebut kedudukan mereka melalui
beberapa faktor pengekalan
a) Sokongan masyarakat secara keseluruhannya terhadap elit-elit politik menentang
ancaman luar.
b) Elit-elit politik juga mungkin menggunakan atau mendapatkan asas moral dalam
mendapatkan kuasa.
c) Individu-individu tertentu dalam persekitaran yang berbagai seboleh-bolehnya akan
menyesuaikan dirinya atau menjadikan dirinya sebagai sebahagian dari kumpulan
elit
d) Pertukaran elit akan mengambil individu-individu dari kelas menengah yang lebih
besar akan memberikan kelebihan kepada kelas elit pemerintah kerana ia dapat
sokongan “idea dan orang-orang baru” serta melegakan ancaman dari kelas
menengah
Jikalau diteliti semula, kesemua teori yang dikeluarkan oleh Gaetano Mosca telah pun diguna pakai
terutamanya oleh golongan kelas pemerintah di Malaysia dalam konsep “demokrasi
berpelembagaan” .Golongan elit, bukanlah suatu golongan yang ampuh ataupun tegap sepanjang
waktu. Sebagai contoh, Revolusi Perancis yang bermula pada tahun 1789 adalah berpunca daripada
kegagalan golongan elit dalam mentadbir sistem.
Permasalahan yang dihadapi sebenarnya bukanlah kita terpaksa bergantung kepada golongan elit
politik untuk menyelesaikan sesuatu isu, namun permasalahan yang sebenarnya adalah kita
“percaya” yang kita terpaksa bergantung kepada golongan elit politik untuk menyelesaikan sesuatu
isu. Kita juga didoktrin dari kecil sehinggakan kita tidak pernah menyoal mengenai kelas masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment