Kolum: Jon
Apabila Nureel Mahatheer (bukan nama sebenar) menghantar kertas tesisnya buat pertama kalinya untuk diterbitkan dalam jurnal akademik, dia tidak menyangka masalah yang terpaksa dihadapinya.
Dia telah menghabiskan masa hampir 2 tahun untuk menyelidik, membaca dan memahami pelbagai macam untuk subjek dan bidangnya.
Nureel menghantar tesisnya ke penerbit jurnal universitinya. Selepas sebulan, dia diberitahu kertas ditolak. Sebab yang diberikan agak remeh - Bibliografi tidak lengkap. "sikit" sangat rujukan yang disenaraikannya.
Amarah dan rasa geram Nureel dikongsi ramai calon-calon Phd, para akademik dan mereka yang bersungguh mahu menyumbang kepada penyelidikan dan ilmiah tidak kira apa sahaja bidang.
Ramai yang berasa terperangkap dan terpenjara dengan rutin kitaran menulis, menyemak, reviu, ditolak, reviu semula, reviu semula lagi. Semua ini merampas masa, mengganggu kerja cari makan, memakan kos melebihi geran yang diterima. Paling utama sekali dalam konteks artikel ini - menggagalkan penyampaian maklumat ilmiah.
Perkara dangkal lagi menyusahkan ini berlaku di mana-mana. Aku tak tahu berapa lama puratanya di Malangsial ni untuk sebuah hasil kajian menjadi cetakan hitam putih. Bukan sebab aku ignorant tapi inilah lumrah negara korang ni - susah nak cari maklumat. Sudah lah maklumat macam ini susah nak peroleh, nak lagi menyusahkan dengan bermacam birokrasi dan idiosinkrasi dalam akademik.
Menurut carian di Google (gedung ilmiah yang dipandang rendah), secara puratanya di negara-negara Barat khasnya Amerika Syarikat, masa menunggu untuk sebuah hasil kajian diluluskan dan diterbit adalah di antara 150 hari hingga lah ke 5 tahun.
Hakikat ini adalah lawak seram.
Aku ada terbaca beberapa bulan yang lepas. Sebuah artikel menyatakan kita hari ini hidup dalam era di mana penemuan dan kajian baru sedang mencurah-curah masuk.
Bayangkan betapa banyaknya hasil kajian dan penyelidikan baru tersadai macam menunggu angka giliran Tabung Haji untuk menunaikan Haji.
Bayangkan betapa banyaknya hasil tesis yang penting terus reput dimakan masa dan apabila terbit, mungkin ada yang sudah ketinggalan atau tidak lagi tepat kerana benda baru sudah ditemui (walaupun yang baru itu juga mungkin terpaksa juga menunggu)
(bersambung bahagian 2)
No comments:
Post a Comment