KUALA LUMPUR – Dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih
274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan
mengenai institusi keluarga di negara ini. Ini menunjukkan yang institusi
perkahwinan semakin merapuh di negara ini.
Apakah yang difikirkan oleh pemerintah negara sehinggakan
penceraian yang dianggap oleh masyarakat adalah perkara yang terpencil telah
menjadi permasalah yang sukar di bendung sehingga hari ini.Adakah beban ini
harus diletakkan oleh sesetengah pihak sahaja atau hanya perlu di salahkan
pasangan yang bercerai sahaja.
Statistik berita yang diperoleh untuk setiap 3 tahun ini telah
menunjukkan bahawas pada 2019 kadar penceraian dijangka meningkat kepada 10
penceraian bagi setiap jam. Adakah negara maju dan membangun itu memerlukan
pengorbanan rakyat untuk bercrai.
- Ini adalah jangkaan yang di buat oleh penulis.
6 penceraian setiap 1jam
KUALA LUMPUR – Dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih
274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulk-
an kebimbangan mengenai institusi keluarga di negara ini.
Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan
sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari
hingga Ogos tahun lalu.
Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes percer-
aian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.
Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima
tahun lalu juga menunjukkan
peningkatan begitu ketara iaitu darip-
ada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik
sebanyak 10,121 kes.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Rohani Abdul Karim
berkata, kebanyakan kes perceraian
yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke
bawah.
“Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perce-
raian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus
bagi
wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.
“Situasi ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa tempoh
lima
tahun merupakan jangka masa
yang sangat penting kepada pasangan
dalam mengharungi bahtera perkahwinan,” katanya ketika ditemui
Kosmo! baru-baru ini.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz43hUhiH8V
Hakcipta terpelihara
ARKIB : 04/03/2011
Rekod Jakim: Setiap 15 minit
satu pasangan bercerai
PUTRAJAYA 3 Mac Purata pasangan Islam yang bercerai
di negara
ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pa-
sangan setiap 15 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah
Ibrahim berkata, angka itu
diperoleh berdasarkan rekod Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.
Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan
peningka-
tan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai kehar-
monian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan
pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran aga-
ma dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan
tanggungjawab sebaik
mungkin
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0304&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm#ixzz43hNNyn1w
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB :
09/08/2013
3 pasangan Islam bercerai setiap
jam di Malaysia
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Terdapat purata tiga kes penceraian bagi
setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di
negara ini.
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM),
Prof. Madya Datin Noor Aziah
Mohd Awal berkata, maklumat itu dipe-
roleh daripada kajiannya
terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) bagi
tahun 2011.
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari,
2,000
kes dilaporkan sebulan dan
25,000 kes setahun di seluruh negara bagi
tahun 2011.
"Statistik
perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 senti-
asa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun,"
katanya
kepada Bernama.
Noor Aziah berkata, situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu
yang mendirikan rumah tangga
didapati tidak memahami mahupun me-
ngetahui akan falsafah sebenar
sesebuah perkahwinan itu.
Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan
ilmu agama dan rumah tangga
sebelum melangsungkan perkahwinan
bagi mengurangkan kes
perceraian sekali gus membentuk sebuah kelu-
arga bahagia.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130809/dn_05/3-pasangan-Islam-bercerai-setiap-jam-di-Malaysia#ixzz43hOe4Gms
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment