Pages

Wednesday, 23 March 2016

Islamic State Mengaku Bertanggungjawab Lancar Serangan Di Brussels

BRUSSELS, 23 Mac  -- Kumpulan militan Islamic State (IS) telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ganas pada Selasa di ibu negara Belgium, Brussels, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 34 orang dan mencederakan lebih 100 lagi, lapor agensi berita China, Xinhua.

Menurut kenyataan agensi berita A'maq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan ekstremis itu," Pejuang IS melaksanakan satu siri pengeboman menerusi penggunaan tali pinggang yang mempunyai bahan letupan serta peranti pada Selasa, dengan menyasarkan lapangan terbang dan stesen metro pusat di tengah-tengah Brussels, ibu negara Belgium yang menyertai Gabungan Antarabangsa bagi menentang IS."

Kenyataan itu juga menyebut "Para pejuang IS melepaskan tembakan dalam bangunan Lapangan Terbang Zaventem sebelum beberapa orang daripada mereka meletupkan tali pinggang masing-masing, manakala seorang pengebom bunuh diri meletupkan tali pinggangnya di stesen metro Maelbeek."

Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban berikutan beberapa siri serangan di Brussels pada pagi Selasa dengan 14 daripada mereka maut dalam serangan bunuh mati di lapangan terbang nasional Brussels, lapor stesen penyiar awam Belgium, RTBF.

Menteri Dalam Negeri Belgium, Jan Jambon, telah mengisytiharkan tiga hari sebagai perkabungan nasional berikutan serangan pada Selasa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment