Pages

Friday, 8 April 2016

Memahami Geopolitik dan Rasional untuk Atheist 101

Tulisan kali ini adalah lanjutan dari artikel aku minggu lepas. Jadi aku rasa baik kau rujuk dahulu artikel yang lepas untuk memahami artikel ini. Janganlah main taruk sahaja menghentam sebagaimana Tweeter Cukong Press diserang oleh golongan ‘lidah rasminya English’ dan ‘ultra feminis’. Bila kantoi, malu beb...

Perangai Orang Islam di tempat kau
Sebelum itu juga, aku nak kita sama-sama fikir sejenak. Maksud aku, koranglah yang fikir. Korang yang beragama. Aku rasa, follower paling ramai Cukong Press adalah korang yang beragama Islam. Jadi aku mau fokus korang yang beragama Islam.

Semua kritikan yang dilemparkan oleh golongan Atheist di Warung Atheist, kebanyakkannya, dengan izin, aku katakan hampir mustahil untuk orang Islam kau nak bantah. Kau nak bantah apanya apabila ada lelaki tua ganyut kahwin budak yang umurnya tidak sampai pun dua digit? Kau nak bantah apanya apabila keganasan dilakukan oleh ISIS dan FSA (dibiayai oleh US, Israel dan sekutu kapitalis)? Orang Islam sendiri yang bodoh apabila ramai-ramai menyokong ISIS dan FSA terutamanya ketika awal-awal konflik berlaku. Orang Islam juga yang menyertai ISIS dan FSA walaupun tidak dinafikan, USMC, US Army dan US Navy juga dilaporkan berperang bergandingan bahu dengan ISIS dan FSA.

Dan berapa banyak ugutan dilemparkan kepada mereka yang berbeza sedikit daripada orang Islam di tempat korang? Kalau berbeza, katakan kau seorang yang gay ataupun atheist, berapa banyak yang bersorak untuk menghukum mereka secara fizikal dan juga verbal? Itu yang korang nampak di sosial media. Bagaimana pula di luar sosial media seperti di kedai-kedai kopi? Bagaimana pula di dalam diri korang sendiri juga?

Perangai Orang Atheist di tempat kau
Kritikan atheist berhaluan kanan, sebenarnya mencerminkan sifat reaksionari mereka. Mereka menghentam perangai manusia, menghukum manusia dan seterusnya mentertawa dan mencerca mereka yang sedia buruk perangai. Ini celaka.

Kerana itu, hate speech will never be a free speech. Tiada sifat hormat menghormati. No mutual respect lansung. Sedangkan mutual respect merupakan salah satu intipati di dalam anarkisma. Apabila korang tidak menghormati orang lain, apa yang kau sangkakan sehingga berharap orang lain akan tetap menghormati kau? Begitu juga kalau orang lain tidak menghormati kau, bagaimana mungkin untuk kau menghormati orang lain?

Itu tidak dikira lagi meme yang dibuat, yang tidak pernah diucapkan oleh tokoh-tokoh Islam, dijadikan sebagai bahan satira? Sikap double standard Warung Atheist yang tidak melakukan perkara yang sama pada tokoh-tokoh bukan Islam, menyebabkan orang Islam yang sememangnya suka memburukkan keadaan lagi seperti melenting dan mengugut melakukan kekerasan, mengesahkan lagi sikap orang atheist haluan kanan.

Memahami Geopolitik dan Rasional
Kedua-dua geopolitik dan rasional ini berkait rapat. Apabila kau memahami geopolitikal, kau akan mudah berfikir secara rasional. Tindak balas yang serupa juga, apabila kau berfikir secara rasional, kau akan memahami geopolitikal dengan lebih mudah.

Sebagai contoh,

Bilangan penagih dadah. Kenapa dikutuk sangat Melayu-Islam yang majoriti penduduk di tempat korang sebagai suka sangat hisap dadah? Sudah Melayu-Islam paling ramai, sudah tentulah mereka yang paling ramai melakukan sesuatu perkara seperti hisap dadah.

Begitu juga kalau kau pergi ke China. Taiwan atau Macau. Sudah tentulah paling ramai yang hisap dadah adalah orang cina. Begitu juga dengan India. Begitu juga di benua Amerika.

Bahkan, untuk lebih tepat, ratio digunakan sebagai statistik. Apabila kita kaji ratio, lagi buruk orang yang hisap dadah di Macau berbanding dengan Malaysia. Dan Malaysia pula lagi buruk daripada di China. Sama saja justifikasinya iaitu jumlah bilangan penduduk.

Jadi perlukah kau menghukum, “tengok, orang Melayu-Islam paling ramai hisap dadah?”. Melainkan di dalam hati korang sendiri, begitu benci pada orang Melayu-Islam itu berbanding dengan menentang kepercayaan tahyul mereka terhadap konsep ketuhanan.

Begitu juga kau lihat rogol.

Rogol begitu tinggi di benua India dan Bangladesh.
Memahami rogol juga sesuatu perkara yang merumitkan. Seperti masyarakat India dan Bangladesh yang sangat ‘konservatif’ kalau tidakpun ‘ortodoks’, adalah tidak menghairankan bagaimana hubungan seks yang menyebabkan mengandung, menjadikan rogol sebagai alasan untuk melepaskan diri. Ini bukanlah fakta, ini hanyalah sekadar membentuk perspektif untuk kita semua kaji dan fikir. Begitu juga di sini, di mana, buang bayi dijadikan alternatif kepada laporan rogol. Ini juga bukannya fakta, sekadar cadangan perspektif baru untuk membantu kita semua untuk memahami situasi. Kalau kita bandingkan di Filipina pula, kadar mengandung remaja bawah 15 tahun paling tinggi di seluruh benua Asia. Memandangkan masyarakat di sana, agak terbuka, berkemungkinan juga remaja di sana memilih untuk tidak melaporkan keganasan ke atas mereka dan bertanggung jawab ke atas kandungan mereka.

Jangan salah faham. Ini bukannya alasan untuk merogol. Ini adalah untuk cubaan untuk memahami situasi rogol. Mungkin pendapat aku ini boleh dicabar, dan aku tak nafikan pandangan aku ini boleh dikritik berdasarkan fakta yang korang kemukakan nanti. Jangan pula mengkritik aku, kerana kononnya aku membenarkan rogol.

‘Rogol adalah celaka’ adalah yang tidak dapat kita semua sangkal.

Tetapi dengan mengatakan rogol dilakukan oleh Melayu-Islam di sini untuk membenarkan agama dipersenda, ini adalah kerja gila golongan yang sepatutnya mendahulukan rasional lebih daripada sifat-sifat nurani manusia seperti keimanan dan kebencian.

Nasib baik, golongan Melayu-Islam tidak begitu cerdik menggunakan internet. Hanya tahu mengugut atau marah sahaja.

Kalau mereka melihat highest rate crime, mereka akan mengutuk Sweden yang kononnya negara yang paling rendah jenayah. Sekali lagi, ratio dijadikan rujukan. US, South Africa, Sweden, India dan UK menjuarai carta di dalam jenayah rogol.

Bacaan lanjut di sini

1 121 permohonan kahwin bawah umur tahun lalu
Aku mencari posting seseorang yang postkan berita yang disiarkan oleh Malaysia Kini di Warung Atheist ketika menulis artikel ini. Celakanya, aku tak jumpa! Aku hanya membaca secara santai dan memilih untuk membalasnya di kemudian hari. Tetapi sayang, aku sudah tidak berpeluang.
Begitu bersemangat dia terpengaruh dengan berita ini sambil “Islam, hmmm *geleng kepala” sebagaimana yang ditulisnya.

Bukannya apa, apabila diteliti lagi laporan separuh masak Malaysia Kini, sebenarnya permohonan kahwin bawah umur tahun lalu kebanyakkan, hampir 90% adalah sesama remaja dan bukannya di antara orang tua dan muda, sebagaimana cubaan mengaitkan Muhammad sebagai pedophile.
Dan permohonan itu juga, hampir 30% dipohon oleh orang bukan Islam dan kebanyakkannya di Sabah dan Sarawak.

Sekali lagi, aku pohon, fakta yang aku berikan ini boleh dikritik atau ditentang, kerana perolehan ini aku perolehi dari tulisan rencana sebuah surat khabar parti politik.

Agaknya, mamat yang postkan berita ini pun turut membaca surat khabar parti politik itu dan bagi menutup malu, dia memadamkan posting tersebut.

Penutup
Penutup entri kali ini agak pendek. Sekiranya permohonan perkahwinan 1121 bawah umur menjadi kesalahan bagi golongan atheist golongan kanan ini, bagaimana dia hanya terdiam seribu bahasa apabila berita ini dikeluarkan?

Tajuk 50 Priest and Religious Leaders Were Involved in Child Rape... In a US, Diocese of Just 100 000. Tajuknya sahaja cukup menggerunkan. Rape!

Sebagai cadangan, aku cadangkan kepada golongan Atheist Haluan Kanan membaca buku tulisan Max Stirner, The Ego and His Own untuk memahami, bagaimana Atheist Haluan Kiri berhujah menentang golongan agama sekiranya tidak mahu membaca tulisan Mikhail Bakunin, God and State.
Kalau tidak mahu juga, bolehlah membaca kedua-dua zines aku, Spray Can & Petrol Bomb isu 1 dan 2. Kalau tidak mahu juga, bacalah The Black Book. Kalau tidak mahu juga, pergilah mampus.

No comments:

Post a Comment