Pages

Saturday, 16 April 2016

I AM DISSIDENT

Penulisan kali ini bukannya suatu yang absolute. Ia adalah rambling saja. Membebel. Maknanya ia terbuka untuk dikritik, dibahas ataupun ditolak. Oleh kerana masyarakat kita terlalu jumud (kau boleh bantah juga benda ini), aku kena bagitau ayat pertama untuk artikel ini adalah untuk menggambarkan keseluruhan artikel. Nanti ada pula yang mengatakan ia dogma pula.



Apabila Yuva Balan (hahahahaha) mengeluarkan kritikannya kepada satu gerakan seorang anak muda yang menentang korupsi dengan menjatuhkan seorang pemimpin, kritikannya disambut dingin oleh ramai pihak termasuklah penggerak-penggerak golongan kiri samada anarkis ataupun sosialis sendiri. Tidak kiralah samada layak atau tak layak, itu semua tak penting. Yang menjadi tajuk perbincangan adalah; sokongan pada gerakan membasmi korupsi dengan menjadikan seorang pemimpin sebagai lambang kepada korupsi yang dilukis dengan gambar badut.


Yuva Balan adalah self-proclaimed revolutioner. Itu adalah hak dia. Tak apalah. Tiada isu pun, hanya sekadar bahan lucu aku dan kawan-kawan aku sahaja pun kerana seorang revolutioner bukanlah seorang pengecut. Ataupun seorang lagi Trotskiyis di Edinburgh yang sekarang pun malu nak mengaku dia seorang Trots dengan cuba mengagungkan pula Lenin. Itupun setelah kantoi secara bangangnya dia menafsir isu Rojava dan Syria dengan menyokong FSA. Sekarang kenapa diam membisu dan malu mengaku yang dia dahulu sokong FSA? Fuck Trotskiyist.

Balik kepada isu kritikannya, aku bukan tidak setuju dengan apa yang dikatakan pula oleh “penyokong FSA” ini. Betul apa?

Korupsi tidak akan hilang dengan menjatuhkan seorang pemimpin saja. PKR je fikir camtu!

Kalau kau menjatuhkan seorang pemimpin yang korupsi, pemimpin lain akan mengambil tempatnya dan kita semua terpaksa pula menjatuhkan pemimpin yang lain pula. Ia bukannya menjatuhkan sistem itu sendiri yang menjadikan korupsi sebagai nadi mereka. Itu hanyalah tindakan reformasi kepada sistem. Tindakan reformasi bukan hanya mengukuhkan lagi sistem itu, bahkan ia akan menyusahkan lagi untuk kita menjatuhkan pemimpin yang berikutnya kerana mereka akan adaptasi dengan kelemahan-kelemahan sistem yang terdahulu.

Yang melucukan, Yuva Balan juga terlupa, Panama Papers yang dikeluarkan oleh CIA dengan tujuan memburuk-burukkan atau cubaan menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, juga memaparkan rasuah di kalangan blok kiri terutamanya China dan sosialis demokrat. Betul atau tidak Panama Papers itu perkara kedua, yang menjadi pokoknya adalah korupsi juga berlaku di kalangan golongan sosial demokrat.

Jadi bagaimana dengan point Yuva Balan?

Aku setuju, sistem itu dirobohkan dan untuk menghapuskan korupsi pula banyak pihak cadangkan termasuklah menghapuskan hierarki (Yuva dan Trots dari Edinburgh confirm tak setuju) dan juga pergantungan kepada wang ringgit. Kehidupan dibuat secara commune dan terbukti, masyarakat commune iaitu Zapata, Rojava dan masyarakat tradisi Mozambique, kadar rasuah hampir kosong dan boleh dikatakan, masyarakat tradisi Mozambique tidak tahu pun apa itu perkataan rasuah atau korupsi.

Itu belum lagi kerja-kerja "subversif" tetapi dikecoh-kecoh pula satu dunia mengenai kerja-kerjanya itu (Tak seperti gang-gang Invinsible Squad. Diam-diam je buat kerja). Rumours mengatakan, apabila terjadi permasalahan, pemuda itu berbohong pula untuk bersolidariti bahkan sanggup berbohong pula konon sudah berada di luar negara dan hanya membuat bising ssaja di FB. Itu hanyalah rumours dan artikel ini adalah bebelan aku seorang. Mungkin benar, dan mungkin saja salah.

Walaubagaimanapun, ini adalah hak pemuda itu. Mungkin baginya itulah cara yang sesuai dengan kapasitinya. Kita offerkan yang lebih baik, tetapi terpulang pada pemuda itu dan penyokong-penyokongnya untuk menerima atau tidak cadangan kita iaitu merubah sistem terus.

Dan sememangnya hak Yuva Balan untuk mengeluarkan kritikan itu, dan sememangnya hak bagi aku untuk "menyayangi" Yuva Balan. Love you lah Yuva (hahahhahahaha).

Tapi seperkara lagi yang ingin aku timbulkan...

Itu Yuva Balan yang kritik pada anak muda “Kita semua penghasut”. Bagaimana pula kalau kita yang kritik? Adakah penerimaan yang sama diterima kita ataupun kita akan dibenci lebih berbanding dengan apa yang dikatakan Yuva Balan? Atau terus menganggap gerakan itu sangat bermanfaat kepada golongan working class?


I AM DISSIDENT

No comments:

Post a Comment