Oleh : Curi Tulang
Saya mengambil satu subjek yang dipanggil Falsafah Pendidikan. The Philosophy of Education.
Bayangkan, pensyarah bagi kami nota pada minggu pertama. Minggu kedua, dia bacakan nota di
hadapan kelas. Minggu ketiga, dia suruh kami bahagi kumpulan, dan buat presentation berdasarkan
tajuk-tajuk dalam nota, berpandukan nota. Minggu keempat, kelas batal. Minggu kelima, dia bagi
assignment. Minggu keenam, dia baca semula nota yang dia bagi pada minggu pertama pada kami.
Dan begitulah lebih kurang putarannya.
Padahal, kami belajar falsafah. Sepatutnya benda tu fun. Menyeronokkan. proses belajar
memang sepatutnya mengujakan. Hei, kita nak teroka satu benda baru!
Kalau pensyarah itu suruh kami pergi perpustakaan, baca dan buat kajian sendiri,
berdasarkan tajuk-tajuk di dalam nota, kemudian, present di depan kelas, bincang dan berdebat,
bukankah itu jauh lebih bermakna?
Separuh kelas, saya keluar untuk ke tandas dan menghisap rokok. Tiap-tiap minggu saya nak
kena dengar pasal Falsafah Pendidikan Negara, berapa banyak kerajaan dah labur untuk pendidikan,
macam plastik rasanya.
Tapi cakap banyak pun tak guna. Sistem memang nak jerut kita supaya jadi manusia yang taat
pada rutin dan takutkan benda baru. Habis kelas, Lola mengadu pada saya pasal sekarang ini timbul
semula isu-isu lama. Paling hit baru ni, orang politik vs orang istana. Atau sesuatu yang lebih kurang
macam itu.
Aduh, naik muak juga tiap-tiap hari orang berperang ni. Dan ini bukan real fight pun. Pendek
kata, fake. Palsu. Plastik.
Baru-baru ini saya join sebuah kumpulan sukarelawan. Jadi tenaga pengajar di sebuah
kampung yang berhampiran dengan universiti saya menuntut. Baru saya tahu, untuk bertahan,
sesetengah kolektif terpaksa cium bontot gemuk orang kaya. Sebab kalau tak cium bontot mereka,
mana kumpulan-kumpulan kecil ini nak dapat dana?
Okay. Saya tak kata budaya cium bontot ini budaya yang sihat. Saya cuma nak kata, fight
antara orang kaya vs orang miskin ni jauh lebih real.
Saya pun tak tahu kenapa kita nak sibuk-sibuk bila orang kaya bergaduh dengan orang kaya.
Dorang tengah banding perut siapa lebih buncit, biarlah. Kita buat kerja kita. Maksud saya, kerja,
bukan cium punggung orang kaya.
Saya tahu benda tu sukar; cari dana sendiri, berdiri atas kaki sendiri, tanpa jual diri sendiri
pada orang lain, tapi siapa kata kerja sukarela, bantu manusia lain tu benda senang?
Buat satu-satu. Step by step. Biar perlahan, asal berprinsip. Ada autonomi sendiri.
Sebab tuan-tuan, saya percaya kita hanya tukang menjaga benih-benih. Akan ada manusia
lain yang bakal sambung apa kita buat. Kita sendiri hanya menyambung perkara-perkara yang
dilakukan orang-orang terdahulu sebelum kita.
Dari apa yang saya baca, perhati sekali-sekala dari jauh, gelanggang politik negara kita sudah
satu macam jadinya. Masing-masing terjun ke dalam arena dengan silat dan keris masing-masing.
Kadang-kadang kita tengok orang istana bawa gergaji, orang bank bawa pistol, orang politik bawa
meriam, naik seriau juga kita dibuatnya.
Seronok juga sebenarnya. Ada yang pakai silat cekak, ada yang masuk ke gelanggang sesedap
rasa, secara semberono, namun yang pasti, yang kena ikat perut tengah bulan nanti tetap orang-
orang macam kita jugak.
Kecoh-kecoh, riuh rendah, dan sorak-sorai dalam arena politik nampaknya tak ke mana juga.
Kacau kita nak tidur malam saja. Sudahlah suhu sekarang ini panas satu macam, makin susah nak
lena kita dibuatnya.
Tak habis-habis orang kita dengan cara buat kuih. Buat begini, kata mereka, acuannya begitu,
kata kita. Kuih begitu tak dibeli orang, kuih begini tawar rasanya, kuih itu sedap, kata kita. Tapi,
kuihnya tak ada juga. Kuih yang sedap tak ada, kuih yang tak sedap pun tak ada. Semua sibuk pakat
bersilat kaedah-kaedah membuat kuih.
Itu pun kita masih duduk tunggu, buka mulut luas-luas. Tunggu kuih jatuh dari langit.
Banyak sangat isu baru-baru ini. Buka media sosial dan kau boleh baca perang sana sini. Bom
sana sini. Aku cuba untuk merasakan yang jumlah-jumlah korban itu bukan sekadar angka.
Malangnya, bukan senang. Makin hari, kau makin biasa dengan berita perang sampai kau jadi mual.
Kebal. Sampai lama-lama, bila dengar perang, kau dah tak rasa sayu.
Sudahnya minggu ini saya sempat habiskan buku Barang Baik, Tuan. Terbitan kaukab. Buku
kompilasi entry-entry di blog, zaman-zaman blog punya pengaruh satu masa dahulu. Aku tak sempat
rasa, jadi aku agak gemar juga kumpul dan baca tulisan-tulisan macam ini. Malangnya, saya agak
bosan membacanya mungkin sebab buku ini tak begitu kena dengan selera aku, tapi manusia
memang ada fetish masing-masing. Selagi kau tak kacau orang, tak cabul hak orang, aku tak ada
masalah dengan fetish kau rasanya.
Apa pun, dalam buku ini, ada ringkasan Hikayat Merong Mahawangsa yang dikupas dan
diceritakan semula dengan bahasa santai dan mudah. Mungkin ini part paling baik yang buku ini
boleh beri pada pembaca. Jarang kau nak dapat baca kisah-kisah epik dengan bahasa mudah begini,
selalunya penuh dengan unsur-unsur bunga yang mungkin buat kau berat hati nak baca.
Sekurangnya, aku rasa itu pendedahan yang baik. Aku tak rasa buku-buku macam Barang Baik, Tuan
ini mampu buat kau jadi manusia yang lebih baik, tapi aku rasa buku seperti ini mampu memegang
peranan sebagai pendorong kepada pembaca.
Banyak juga part-part bosan yang aku pejamkan mata saja sambil baca. Nak buat macam
mana. Kata penulis Wiski Pop, buku kalau tak sedap macam mana pun, kalau dah mula baca,
habiskan. Aku pun setuju.
Asalkan kau tak berhenti dengan sekadar satu buku, ada niat nak teruskan membaca dan
mencari, aku rasa semuanya akan okay untuk kau.
Satu-satu lah, bro.
No comments:
Post a Comment