Pages

Wednesday, 6 April 2016

Perjanjian Terburuk Dalam Sejarah: TPP; kata Ekonomis, Joseph Stiglitz (Pemenang Nobel)

Oleh ; Raja Otek

Artikel ini lebih kepada terjemahan daripada kesimpulan berita yang dipetik daripada CBC Canada. Sebab kalau aku penat-penat tulis, ramai yang tidak mengiktiraf malah memperkecil-kecilkan aku. Jadi aku rasa, adalah lebih baik aku petik kata-kata mereka yang jauh lebih daripada aku supaya matlamat utama aku, mengenai perjanjian terburuk dalam sejarah dapat dibaca dengan sepenuh hati.


Selain daripada mengkritik perjanjian ini sebagai terburuk dalam sejarah, dia juga mencadangkan agar Canada mengkajinya semula.


“Saya rasa Canada perlu menggunakan pengaruhnya untuk mengulangkaji perjanjian TPP untuk jadikan perjanjian ini mengetengahkan lagi kepentingan penduduk Canada dan bukannya hanya korporat gergasi”. Katanya di dalam temubual CBC, The Exchange Khamis lalu.

Stiglitz, seorang professor di Columbia University New York, merupakan speaker utama di Konferens di University of Ottawa pada Jumaat mengenai kompleksiti perjanjian itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa, Chrystia Freeland menandatangan perjanjian Trans-Pacific Partnership mewakili Canada, tetapi belum diperinci lagi. The House of Commons ahli jawatan kuasa perdagangan masih mengkaji TPP – proses yang menurut Freeland boleh mengambil masa sehingga 9 bulan.

Stiglitz menggambarkan Freeland sebagai kawan lama di dalam interview dengan The Canadian Press dan menerangkan beberapa keburukan TPP kepada Freeland, antaranya adalah potensi mengurangkan Hak Pekerja.

Stiglitz mengambil isu bahagian perlindungan-pelaburan TPP, yang boleh mencampuri urusan dan kebolehan kerajaan pemerintah untuk mengetatkan undang-undang perniagaan atau bergerak ke arah rendah-karbon ekonomi.

Syarikat Antarabangsa Berhak Menyaman
“Inilah bahagian terburuk perjanjian ini,” menurut Stigliz kerana ia membenarkan syarikat antarabangsa besar menyaman kerajaan Canada.

“Prinsip asas adalah yang mencemar akan membayarnya”, kata Stigliz lagi. “Kalau kau merosakkan alam, kau perlu membayarnya. Tetapi kini, apabila regulasi ini diluluskan yang menyekat pencemaran dan melakukan sesuatu untuk menangani perubahan cuaca, kau boleh disaman dan perlu membayar billion dolar”.

Bahagian yang sama di dalam North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang menyebabkan kerajaan Canada disaman, tetapi TPPA akan pergi lebih jauh dari itu.
Menurut Stigliz lagi, bahagian itu juga akan menghalang peningkatan gaji minimum atau menarik balik peraturan yang menghalang penggunaan atau pemangsaan amalan pinjaman.

Stigliz juga membantah perjanjian 6000 mukasurat yang melampau kompleks, sehingga perlu untuk dibincangkan secara terbuka.

“Perjanjian ini dilakukan secara rahsia dimana kepentingan korporat di dalamnya”, katanya lagi.

Dia menjangkakan bahawa perjanjian ini tidak akan pun memberi impak kepada jumlah perdagangan, terutamanya kepada negara yang lebih maju seperti US dan Canada, di mana tumpuan dana barangan untuk pengeksportan dan penumpuan barangan buruk yang diimport.

Peraturan Asal Bahagian
“Ini juga akan merubah segala asas rangkakerja perundangan yang menguruskan masyarakat, mengalihkan kuasanya terus kepada korporat”. Tambah Stiglitz.
Peraturan asal juga dapat memudaratkan kadar pekerjaan di Amerika Utara, kerana mereka membenarkan cara paling bijak untuk melindungi perkara sebenar.

“Kau boleh memiliki kenderaan di mana majoritinya dibina di China dan Thailand (yang tidak menandatangani TPP) tapi ia dikeluarkan ke Canada sebagai barangan Jepun”. Tambahnya lagi.


Semua calon presiden di US mengatakan mereka menentang perjanjian ini dan mungkin juga ia tidak akan diluluskan di US.

“Saya agak terkejut apabila Canada secara serius memikirkan untuk melaksanakannya berdasarkan kekuatan politikal yang berkait rapat dengan kelulusan perjanjian ini sehinggalah US melaksanakannya,” tambahnya lagi.

Dia mencadangkan Canada untuk bekerjasama dengan Eropah, yang menentang bahagian perlindungan pelaburan, dan mengkaji semula perjanjian tersebut.

No comments:

Post a Comment