Pages

Thursday, 31 March 2016

Keseimbangan Pembangunan

oleh  TK

Kegairahan mencapai status negara maju  telah meneggelamkan perkara yang sepatutnya diangkat dan yang patut diambil perhatian.Keseimbangan pembangunan tidak lagi diambil peduli berdasarkan prinsip tujuan pembangunan di bina di sesuatu tempat itu.Kita ambil conton pembangunan di sesuatu tempat yang hendak dibangunkan adakah pembangunanitu seimbang bersadarkan kondisi semasa kawasan itu?sekiranya tidak, itu adalah pembangunan yang dikatakan tidak seimbang dan tidak memerlukan.
Projek Gajah putih sering di berikan nama pada projek-projek ini.Kita sedia tahu yang gajah putih itu hanyalah gajah yang tidak nampak mampu memberikan kita apa-apa yang memberangsangkan pada kita.Di Melaka dan Negeri Sembilan  dengan mudah pembinaan yang tidak masuk oleh akal akan keperluannya, sebagai contoh membina “Food Coutr” di tengah kawasan jelapang padi yang tidak diusahakan lagi.Di Melaka di kawasan jelebu tak perlulah untuk di ceritakan panjang lebar kisah pembinaan kelakar ini, fuhhhh...memang menyayat hati dan menyeramkan.
Keseimbangan pembinaan itu terletak pada status EKONOMI, SOSIAL dan POLITIK , sekiranya salah satu perkara ini diambil remeh, maka tiadalah yang dikatakan dengan pembangunan yang seimbang.Cuba kita perhatikan adakah pembangunan di depan mata kita hari ini mengambil berat atas perkara ini?Jika tidak ada, silalah gelakkan pada diri sendiri yang merasakan negara kita lebih maju dari negara Thailand.
Aku suka mengambil contoh di negara Thaiand kerana cara mereka mengawa keseimbangan ekonomi tempat mereka cukup progresif dan penuh rasa kebersamaan antara para penjana ekonomi yang memberikan kesan pada sosial dan secara tidak langsung politik dikawasan itu apat mereka sendiri yang atur kan walaupon ada perundangan negara mereka yang menetapkan akta tersebut, tetapi selagi ianya terkawal, maka tidak perlulah untuk kalut untuk menjadi barua pemerintah untuk menjadi pengutip cukai sahaja.
Apabila keseimbangan itu telah dicapai,barulah ianya akan berulang untuk masa akan datang dan kemajuan yang diingini oleh manusia itu dapat dirasai sama rasa oleh semua pihak yang mnenginginkan tanpa mengira jantina,warna kulit,umur dal lain-lain.

No comments:

Post a Comment