Dawkins ni memang skarang agak ‘glam’ lah kalau korang ambik dia sebagai idola. Berapa banyak atheist di tempat kita yang ambik persona dia sebagai rujukan? Ambik contoh perbincangan mengenai atheism di group FB Warung Atheist. Di sana, hujah-hujah Dawkins dan Sam Harris disorak sebagai pergerakan ‘the new atheism’ dengan mengambil;
“Agama bukan untuk ditoleransi, ia perlu ditentang, dikritik, dan dedahkan argumen yang rasional di mana sahaja ia muncul”.
Richard Dawkins
Mangkuk ni tulis The God Dillusion dengan mengkritik semua agama secara rasional dengan mempromosikan natural selection. Well, aku tiada masalah, bahkan setuju sekiranya perbincangan mengenai agama dibincangkan secara rasional.
Ada dua perkara yang aku setuju dengan Richard Dawkins:
i) Terimalah hakikat bahawa dunia ini penuh dengan kesengsaraan, seterusnya berhenti dari mengharapkan keadilan selepas mati.
ii) Survival of the fittest di dalam dunia bukan saja ada di dalam alam haiwan, bahkan juga sebagai salah satu spisis haiwan iaitu manusia, juga tidak terlepas daripada natural selection. Sebagai contoh, kau yang membaca tulisan ini adalah berasal dari sperma bapak kau yang satu-satunya berjaya bercantum dengan ovum ibu kau selepas bersaing dengan berpuluh-puluh juta sperma bapak kau.
Aku tiada masalah sekiranya perbincangan begini yang diutarakan. Kerana ia bersandarkan fakta dan data sains dan matematik. Aku sebagai mempertahankan Richard Dawkins di dalam kedua-dua hujah itu, cukup menyampah apabila golongan agama (tak kira Islam, Kristian ataupun Yahudi), mengatakan bahawa atheist adalah orang yang tidak menggunakan akal fikiran. Sebenarnya orang agama lah yang tidak menggunakan akal fikiran, bahkan mereka menggunakan kekuatan hati untuk percaya, kalau di dalam bahasa Arab ia dipanggil Iman dan kalau di dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil faith. Tidak ada kena mengena lansung iman (kepercayaan) dengan akal (fikiran). Yang terjadi adalah, kekuatan fikiran itu dikuatkan dengan justifikasi-justifikasi yang bersumberkan kepercayaan. Fikiran itu diorientasikan berdasarkan kepercayaan.
Tapi adakah penulisan ini berobjektifkan puji-pujian kepada Richard Dawkins, Sam Harris dan sekutu-sekutu mereka? Jauh sama sekali.
Pengaruh Right Wing
Di dalam keseronokkan new atheist ini mengkritik (sebenarnya, mereka bukan mengkritik demi mencari kebenaran, tetapi mengkritik berdasarkan kebencian), mereka tersasar dan begitu bersemangat dengan hujah-hujah perkauman.
Kita ambil contoh perbincangan di Warung Atheist.
Segala keburukan ISIS dikaitkan dengan Islam sedangkan kita perlu sedar, bahawa ISIS adalah ciptaan USA selaku kapitalis-imperialis. Kapitalis-imperialis ini pun bukannya Freemason/Illuminati/Rothchild seperti yang Islamis suka untuk percaya. ISIS memenggal kepala orang bukan Islam dijadikan perbincangan sedangkan, jumlah orang Islam sendiri yang disembelih jauh lebih ramai daripada bukan Islam itu sendiri. Namun perkara ini diburukkan lagi oleh Islamis yang suka mengugut dan menggunakan kekerasan di atas kritikan orang yang mengejek Islam dengan mengaitkan ISIS dengan mereka. Dan kau juga boleh gantikan ISIS dengan terrorisma di dalam perenggan ini. Di dalam masa yang sama, golongan New Atheist ini juga tidak mengkritik lansung, seorang lelaki di Taiwan yang menyembelih seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun di depan ibunya sendiri.
Bagaimana hujah berbeza digunakan untuk ISIS dan lelaki Taiwan ini? Hanya manusia gila sahaja yang akan menyembelih manusia lain. Habis cerita. Tidak ada kaitan dengan mana-mana agama dan mana-mana bangsa lansung.
Bahkan, kalau jika mahu dikaitkan dengan keganasan, Bible sendiri lebih ganas daripada Al-Quran! Dan keganasan yang dilakukan oleh orang Kristian dan Atheist pula lebih banyak daripada orang Islam itu sendiri. Kenapa tidak menggunakan hujah yang sama?
Hujah keganasan di dalam Islam hanyalah berdasarkan kebencian. Kalau fakta matematik yang digunakan, keganasan yang berkait dengan orang Islam dan mangsanya juga adalah orang Islam, adalah jauh-jauh lebih sedikit. Tetapi golongan New Atheist begitu menyerang Islam dengan hujah keganasan. Salah tu... Hujah begitu hanyalah berdasarkan kebencian, hatred.
Berbalik dengan Richard Dawkins, di dalam isu seorang remaja Islam, Ahmed Mohammed yang membuat jam ditangkap kerana disangka membuat bom. Dia mengatakan budak umur 14 tahun ini sebagai hoaxer, dan dia tweet yang penuh dengan unsur-unsur bigotry walaupun telah dibuktikan ia bukanlah bom seperti yang disangka seperti:
i) Membalas tweet dengan ayat “And how old is this kid?” di atas tweet “He is only a kid, A Jouvenile ISIS fighter”.
ii) Assembling clock from bought components is fine
iii) Taking clock out of its case to make it look as if he built is not fine
Richard Dawkins jelas-jelas merendah-rendahkan keupayaan budak Islam itu membina jam dengan mencadangkan bahawa jam itu hanyalah dibeli, dirungkai dan dipasang-balik, itupun selepas budak itu disahkan bukan membuat bom!
Inikah atheist yang diagung-agungkan? Richard Dawkins mewarisi perangai celaka Imperialis yang suka memandang rendah bangsa lain dan tidak pernah rasa bersalah apabila mengaitkan remaja Islam itu dengan Jouvenile ISIS fighter.
Begitu juga dengan Sam Harris. Dia mengambil Ben Carson (yang mengatakan piramid dibina oleh aliens) di dalam menafsir isu imperialism di Timur Tengah berbanding dengan Noam Chomsky yang sememangnya kita semua akui, sangat detail dan pemahamannya yang mendalam di dalam isu Timur Tengah.
Untuk isu ini, kau boleh baca tulisan PZ Myers yang mengkritik Sam Harris sebagai racist bigot di link ini:
Siapa yang mengikuti tweeter aku, pasti pernah membaca debat aku dengan Richard Dawkins. Dia juga berhenti daripada membalas tweeter aku apabila dia mengatakan aku sebagai “someone trying to potray me as a right winger”. Bagaimana aku tak katakan dia right wing apabila dia membalas tweet di atas rusuhan refugees di German apabila kem pelarian terputus bekalan makanan sebagai “Right, rioting against the hand who feeds you?”. Bukannya dia nak memahami situasi kem pelarian di German, tetapi membuat kenyataan secara terburu-buru mengenai riot tersebut menampakkan lagi jelas sifat perkauman yang dimilikinya. Akhirnya, apabila diberitakan pelarian di kem pelarian itu tidak memiliki makanan hampir 2 hari, tiada pula celaka ini ada masa untuk retweeted mengenai penjelasan situasi di kem pelarian itu?
Warung Atheist sudah jauh dipengaruhi oleh golongan yang membenci Isam selari dengan New Atheism yang dicanang-canangkan oleh Dawkins dan Harris.
Segala perbincangan hanyalah berkisar membenci tuhan Islam dan Islam. Sedangkan atheism yang bangun selari dengan perbincangan ilmiah yang dimiliki oleh golongan leftist, tidak pula dijadikan panduan.
Tidak percaya, cuba kau kritik Kristian, Hindu, Buddha ataupun Feng Shui, ada saja alasan mereka untuk mempertahankan kalau tidakpun diam membisu, sedangkan semua yang disebutkan di dalam ayat ini juga adalah sesuatu kepercayaan yang tidak berdasarkan rasional; tidak kira samada ia adalah agama ataupun budaya, sama saja seperti Islam.
Aku rasa, Cristopher Hitchens lebih memahami foreign policy dan kapitalis-imperialis apabila dia secara adil, membincangkan agama dari sudut yang lebih progresif dan bukannya memiliki ciri-ciri fascist.