KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pengumuman Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM
2016) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai ini ke atas semua majikan tanpa
mengira bilangan pekerja mengundang reaksi berbeza daripada pelbagai
pihak.
Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia (1MINE) Datuk S.
Gopinath berkata langkah kerajaan menetapkan gaji minimum itu selaras
dengan hasrat negara ke arah mencapai status negara maju.
"Terdapat kemungkinan gaji minimum ini ditingkatkan kepada RM1,500
menjelang 2020 dan sesungguhnya ia perlu, bagi mencapai matlamat negara
maju berpendapatan tinggi," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau juga berpendapat gaji antara Semenanjung Malaysia serta Sabah,
Sarawak dan Labuan perlu diselaraskan memandangkan masyarakat negara ini
bernaung di bawah prinsip 1Malaysia.
Bagi Pengarah Syarikat Sepen Engineering Sdn Bhd Wong Kah Poh, PGM 2016
menjadi beban tambahan dan cabaran terbesar kepada majikan.
"Secara jujurnya, peniaga mempunyai metadologi tersendiri bagi
mengembangkan bisnes tetapi pengumuman sebegini jelas, menjejaskan
matlamat kami dan kemungkinan besar perlu melaksanakan pembuangan
kakitangan bagi mengurangkan kos operasi," katanya.
Sementara itu, A. Karpagam, 49, seorang tukang sapu bangunan di Puchong berkata beliau amat berpuas hati dengan pengumuman itu.
"Walaupun tidak banyak, ia tetap membantu menampung perbelanjaan
keluarga saya dan membolehkan saya menyimpan sedikit di bank," katanya.
Kerajaan mengumumkan PGM 2016 akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.
Kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan
atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau
RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
-- BERNAMA
CukongMedia
Tuesday, 3 May 2016
Mesyuarat Mingguan Kabinet Persekutuan Di Kuching Hari Ini
KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Di tengah-tengah kerancakan pilihan raya
negeri Sarawak, mesyuarat mingguan Kabinet persekutuan diadakan di Wisma
Bapa Malaysia, ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri, di sini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan setinggi 22 tingkat itu, yang dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata perubahan tempat mesyuarat itu adalah untuk menunjukkan sokongan terhadap kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Najib kerana beliau merasakan bahawa beliau perlu berada di sini dan beliau ingin mendapatkan komitmen daripada setiap menteri Kabinet.
"Mesyuarat Kabinet esok (Rabu) adalah untuk menunjukkan komitmen dan sokongan moral kami terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Ia juga bagi menterjemahkan sokongan kami kepada Adenan dan juga visi beliau.
"Dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita berada di sini untuk bersama-sama dengan rakyat Sarawak," kata Zahid semalam.
Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya ialah di Kuantan pada 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)